Malaysia legislation

Section 1

of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 1

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Pengangkutan

Jalan (Pengecualian) 2025.

(2)

Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Pengecualian 2.

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana pemandu suatu kenderaan motor yang terlibat dalam suatu kemalangan yang menyebabkan apa-apa kerosakan atau kecederaan kepada binatang atau yang tidak menyebabkan apa-apa kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang, pemandu kenderaan motor itu sendiri, mana-mana kenderaan lain, mana-mana struktur awam, mana-mana harta awam atau mana-mana struktur atau harta mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen 52(2) Akta.

(2)

Pengecualian di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat bahawa—

(a)

kenderaan motor yang terlibat dalam kemalangan itu adalah suatu kenderaan persendirian; dan

(b)

pemandu kenderaan motor itu hendaklah melaporkan kemalangan itu dalam suatu sistem laporan dalam talian yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam mana-mana hal dalam tempoh dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu.

P.U. (A) 236 3

Dibuat 30 Julai 2025

[KP/BD/PJ/0.8 Jld.19(37); PN(PU2)460/JLD.138]

LOKE SIEW FOOK

Menteri Pengangkutan

P.U. (A) 236 4

ROAD TRANSPORT ACT 1987

ROAD TRANSPORT (EXEMPTION) RULES 2025

Section 1 — KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGECUALIAN) 2025