Skip to content

Seksyen 22

Maklumat masuk Islam

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Mualaf) 2013

P.U. (A)In forceProvision 22 of 34
Seksyen 22

(1)

Seseorang yang menguruskan pengislaman seseorang mualaf hendaklah mengisi borang yang ditetapkan.

(2)

Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam subkaedah (1), apa-apa catatan yang berhubungan dengan pengislaman seseorang mualaf oleh orang yang menguruskan pengislaman boleh diterima sebagai bukti pengislaman yang mengandungi butir-butir seperti yang berikut:

(a)

nama mualaf seperti dalam kad pengenalan atau pasportnya;

(b)

nama orang yang menguruskan pengislaman;

(c)

nama saksi;

(d)

tarikh, masa dan tempat pengislaman; dan

(e)

kenyataan kerelaan hatinya untuk masuk Islam yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.

P.U. (A) 170 14