Seksyen 25
Perakuan Masuk Islam
P.U. (A)In forceProvision 25 of 34
Seksyen 25
(1)
Mana-mana orang yang telah didaftarkan sebagai seorang mualaf di bawah subkaedah 23(2), hendaklah diberi suatu Perakuan Masuk Islam sebagaimana dalam borang yang ditetapkan.
(2)
Jika Perakuan Masuk Islam hilang, terbakar atau rosak, seseorang mualaf boleh mendapatkan suatu salinan Perakuan Masuk Islam dengan membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan.
(3)
Pendaftar Mualaf selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan di bawah subkaedah (2), hendaklah mengeluarkan suatu salinan Perakuan Masuk Islam kepada pemohon.