Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(1)
Seseorang mualaf yang didaftarkan adalah layak untuk menerima bantuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis seperti yang berikut:
(a)
masuk Islam;
(b)
berkhatan;
(c)
kelengkapan ibadah; dan
(d)
perbelanjaan pengebumian jenazah.
(2)
Walau apa pun bantuan yang dinyatakan dalam subkaedah (1), seseorang mualaf boleh memohon untuk mendapatkan bantuan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis seperti yang berikut dengan menggunakan borang yang ditetapkan:
P.U. (A) 170 17
(a)
bantuan sara hidup;
(b)
bantuan tempat tinggal;
(c)
bantuan perubatan;
(d)
bantuan perkahwinan;
(e)
bantuan bagi apa-apa bentuk pendidikan atau latihan yang difikirkan perlu oleh Majlis, termasuklah pengajian Islam, akademik dan kemahiran; dan
(f)
bantuan guaman.
(3)
Majlis boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan apa-apa bantuan lain yang difikirkan perlu.
(4)
Tertakluk kepada subkaedah (1), tiada apa-apa bantuan boleh diberikan kepada mana-mana mualaf yang bukan warganegara Malaysia, kecuali dengan kelulusan Majlis.
Perlindungan