Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota
Jawatankuasa Kariah jika—
(a)
dia disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah;
(b)
tindakannya, sama ada yang berkenaan dengan kewajipannya sebagai anggota Jawatankuasa Kariah atau selainnya, boleh mencemarkan nama
Majlis, Jabatan atau Jawatankuasa Kariah;
(c)
dia diisytiharkan bankrap yang belum dilepaskan;
(d)
dia menjadi tidak berupaya menjalankan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai seorang anggota Jawatankuasa Kariah;
(e)
dia, sebagai seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Bendahari
Jawatankuasa Kariah, dilantik untuk memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik;
(f)
dia menafikan, mengingkari, mempertikaikan perintah atau arahan pihak berkuasa agama;
P.U. (A) 352 10
(g)
dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa apa-apa alasan yang munasabah;
(h)
dia tidak berada di Malaysia bagi tempoh melebihi tiga bulan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi;
(i)
dia tidak lazim menunaikan solat berjemaah di masjid kariahnya tanpa uzur syarie; atau
(j)
dia tidak menjalankan kewajipannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah ini atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
Pelantikan anggota gantian