Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 12

(1)

Majlis boleh melantik mana-mana orang yang layak untuk mengisi kekosongan mana-mana anggota yang pelantikannya telah tamat di bawah kaedah 10

atau telah dibatalkan di bawah kaedah 11, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

jika bilangan anggota yang pelantikannya telah tamat atau dibatalkan itu tidak lebih daripada tujuh orang, pegawai boleh mengesyorkan nama anggota yang baharu dan mengemukakannya kepada

Setiausaha Majlis; atau

(b)

jika bilangan anggota yang pelantikannya telah tamat atau dibatalkan itu lebih daripada tujuh orang, Jawatankuasa Kariah hendaklah dibubarkan dan pelantikan anggota yang baharu hendaklah dibuat mengikut tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah 6.

(2)

Seseorang yang dilantik di bawah subkaedah (1), hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh jawatan anggota yang digantinya.

P.U. (A) 352 11

Aduan

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019