Skip to content

Seksyen 29

Jawatankuasa

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019

P.U. (A)In forceProvision 29 of 40
Seksyen 29

Kecil

Kebajikan dan

Hal

Ehwal

Anak

Kariah bertanggungjawab untuk—

(a)

merancang dan menganjurkan kursus, bengkel, ceramah atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya bagi pembangunan dan pengukuhan keluarga dari sudut ekonomi dan sahsiah;

(b)

merancang dan menganjurkan aktiviti lain yang berhubungan dengan hal ehwal keluarga;

(c)

mengumpul maklumat asas tentang isi rumah anak kariah;

(d)

menyimpan dan menyenggara suatu daftar penduduk Islam di kariah itu;

(e)

menguruskan urusan pengebumian jenazah dalam kariah itu;

(f)

menguruskan dan menyenggara dana khairat kematian anak kariah;

(g)

memberi perhatian dan memantau keperluan asas anak kariah seperti tempat tinggal, makanan, kesihatan dan pakaian; dan

(h)

merancang dan menganjurkan apa-apa aktiviti lain yang bersesuaian bagi anak kariah berhubung dengan kebajikan dan hal ehwal anak kariah.