Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(1)
Majlis boleh memberi apa-apa arahan kepada Jawatankuasa Kariah bagi maksud:
(a)
memantau dan menyiasat aktiviti dan fungsi yang dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Kariah;
(b)
menghendaki supaya dikemukakan apa-apa buku, akaun, laporan atau maklumat yang berhubungan dengan Jawatankuasa Kariah kepada
Majlis; dan
(c)
memeriksa buku, akaun dan rekod Jawatankuasa Kariah itu.
P.U. (A) 352 22
(2)
Setiap anggota Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Kecil Kariah yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis.
(3)
Jika tiada kariah di sesebuah masjid, Majlis hendaklah menubuhkan suatu
Jawatankuasa Pentadbiran Masjid yang terdiri daripada anggota yang sesuai dan layak yang dilantik oleh Majlis.
(4)
Bagi maksud subkaedah (3), Jawatankuasa Pentadbiran Masjid hendaklah tertakluk kepada peruntukan Kaedah-Kaedah ini.
(5)
Majlis boleh, setelah permohonan mana-mana Jawatankuasa Kariah, mengecualikan pemakaian apa-apa peruntukan kaedah 5
dan 23
bagi
Jawatankuasa Kariah itu.