Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(1)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, tiap-tiap Jawatankuasa Kariah di setiap masjid hendaklah membuka satu akaun yang dinamakan sebagai akaun kewangan masjid di mana-mana bank Islam berlesen yang mengandungi apa-apa keuntungan masjid, derma atau sumbangan daripada mana-mana orang bagi kepentingan masjid dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kariah.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), “bank Islam berlesen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759].
Garis panduan kewangan