Skip to content

Seksyen 33

Bendahari hendaklah mempunyai kewajipan untuk—

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019

P.U. (A)In forceProvision 33 of 40
Seksyen 33

(a)

menyediakan bajet bagi aktiviti dan perbelanjaan masjid untuk dikemukakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan kepada Jabatan untuk kelulusan;

(b)

menyedia, menyimpan, menyenggara dan menjaga buku, rekod akaun dan dokumen lain Jawatankuasa Kariah yang berhubung dengan kewangan;

P.U. (A) 352 21

(c)

menerima semua wang yang dibayar kepada akaun kewangan masjid dan mengeluarkan resit baginya;

(d)

membuat pembayaran yang diluluskan oleh

Pengerusi atau

Jawatankuasa Kariah;

(e)

menyediakan penyata kewangan bulanan dan mengemukakannya kepada

Jabatan;

(f)

mempamerkan penyata kewangan bulanan di papan kenyataan untuk makluman anak kariah;

(g)

menyediakan laporan kewangan tahunan untuk dikemukakan dalam

Mesyuarat Tahunan; dan

(h)

menjalankan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Majlis atau Jabatan dari semasa ke semasa.