Skip to content

Seksyen 5

Keanggotaan Jawatankuasa Kariah

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019

P.U. (A)In forceProvision 5 of 40
Seksyen 5

(1)

Jawatankuasa Kariah hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang Bendahari;

(d)

seorang wakil belia dan seorang wakil beliawanis;

(e)

dua orang wakil wanita; dan

(f)

enam orang anggota biasa, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka hendaklah seseorang yang arif dalam agama, ekonomi atau bidang profesional yang lain.

(2)

Naqib Masjid hendaklah menjadi Setiausaha.

(3)

Setiausaha hendaklah menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak untuk mengundi.

P.U. (A) 352 7