Skip to content

Seksyen 6

Tatacara pelantikan anggota Jawatankuasa Kariah

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019

P.U. (A)In forceProvision 6 of 40
Seksyen 6

(1)

Pegawai hendaklah mencadangkan nama calon bagi anggota

Jawatankuasa Kariah selepas berunding dengan Pegawai Masjid dengan menggunakan

Borang A Jadual.

(2)

Nama calon yang dicadangkan hendaklah disenaraikan dalam Borang B Jadual dan dipamerkan di masjid dalam kariah itu selama empat belas hari.

(3)

Jika terdapat apa-apa bantahan mengenai mana-mana calon yang dicadangkan dalam subkaedah (2), anak kariah hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh senarai nama calon yang dicadangkan itu dipamerkan, mengemukakan bantahan bertulis dengan menggunakan Borang C Jadual kepada pegawai.

(4)

Pegawai hendaklah memuktamadkan nama calon yang dicadangkan selepas mengambil kira apa-apa bantahan yang dibuat di bawah subkaedah (3).

(5)

Majlis hendaklah melantik calon yang dimuktamadkan di bawah subkaedah (4)

sebagai anggota Jawatankuasa Kariah.