Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 7

(1)

Seseorang itu layak untuk dicalonkan sebagai anggota

Jawatankuasa Kariah jika dia—

(a)

seorang Islam;

(b)

seorang warganegara Malaysia;

(c)

bukan anggota mana-mana Jawatankuasa Kariah lain;

(d)

berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun tetapi tidak lebih daripada enam puluh lima tahun;

(e)

merupakan anak kariah masjid itu;

P.U. (A) 352 8

(f)

mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(g)

mempunyai tingkah laku yang baik dan amanah;

(h)

menunaikan solat berjemaah di masjid kariahnya secara lazim;

(i)

bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan

(j)

tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah.

(2)

Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam, mengecualikan mana-mana kehendak dalam perenggan (1) (b), (c), (d) atau (e).

(3)

Seseorang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik tidak layak untuk menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Bendahari Jawatankuasa

Kariah kecuali dengan kelulusan Majlis.

Tempoh jawatan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019