Malaysia legislation

Section 18

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 18

(1)

Jika Pendaftar atau Pegawai Penguat Kuasa Agama mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis sedang digunakan sebagai sekolah agama Islam tanpa didaftarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini, Pendaftar atau

Pegawai Penguat Kuasa Agama itu boleh memasuki dan memeriksa premis itu.

(2)

Pendaftar atau Pegawai Penguat Kuasa Agama, dalam menjalankan pemeriksaan di bawah subkaedah (1), boleh disertai oleh mana-mana orang lain yang difikirkan perlu olehnya.

(3)

Pendaftar atau Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh menyita dan menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang terdapat di dalam premis itu yang didapatinya boleh menjadi keterangan pelakuan suatu kesalahan terhadap Kaedah-Kaedah ini atau yang didapatinya adalah harta, atau telah digunakan berkaitan dengan, sesuatu sekolah agama Islam yang tidak didaftarkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.