Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Jemaah Pengurusan” ertinya Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam yang ditubuhkan di bawah subkaedah 19(2);
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Sekolah Agama Islam yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;
P.U. (A) 169 6
“Nazir Sekolah” ertinya nazir sekolah agama Islam yang dilantik di bawah subkaedah 14(1);
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar sekolah agama Islam dan termasuklah
Pendaftar dan Penolong Pendaftar sekolah agama Islam yang dilantik di bawah kaedah 11;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Sekolah Agama Islam yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a);
“prasekolah agama Islam” ertinya sekolah agama Islam yang menyediakan program pendidikan prasekolah agama Islam bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan pendaftaran sekolah agama Islam yang dikeluarkan di bawah perenggan 24(5)(a);
“sekolah agama Islam” ertinya mana-mana tempat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agama Islam yang mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh orang murid pada peringkat prasekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah agama Islam yang ditubuhkan oleh mana-mana orang,
Majlis atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang termasuklah institusi pondok, tahfiz al-Quran, pengajian agama atau pengajian hadis tetapi tidak termasuk mana-mana institusi pendidikan yang disebut dalam perenggan 16(a) dan (b)
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“sekolah menengah agama Islam” ertinya sekolah agama Islam yang menyediakan program pendidikan menengah agama Islam yang bersesuaian bagi murid yang sudah tamat pendidikan rendah agama Islam atau pendidikan rendah di bawah
Akta Pendidikan 1996;
P.U. (A) 169 7
“sekolah rendah agama Islam” ertinya sekolah agama Islam yang menyediakan program pendidikan rendah agama Islam bagi murid yang berumur dari enam tahun;
“surat cara pengurusan” ertinya surat cara pengurusan sekolah agama Islam yang dinyatakan di bawah subkaedah 19(1).