Malaysia legislation

Section 21

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 21

Kelayakan anggota Jemaah Pengurusan

(1)

Seseorang itu layak menjadi anggota Jemaah Pengurusan jika dia—

(a)

seorang Islam;

(b)

warganegara Malaysia;

(c)

berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun;

(d)

bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(e)

tidak pernah disabitkan dan dihukum dengan apa-apa kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah; dan

(f)

mempunyai pengetahuan yang sesuai dalam akademik atau pengajian Islam.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(b), Jawatankuasa boleh membenarkan seorang bukan warganegara Malaysia untuk dilantik sebagai anggota Jemaah Pengurusan jika ia berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa untuk berbuat demikian.

P.U. (A) 169 17

Tanggungjawab Jemaah Pengurusan

Section 21 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025