Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(1)
Nama, alamat, lokasi dan premis suatu sekolah agama Islam itu tidak boleh ditukar, dipinda atau diubah suai tanpa kebenaran bertulis Pendaftar.
P.U. (A) 169 22
(2)
Suatu permohonan untuk menukar, meminda atau mengubah suai nama, alamat, lokasi atau premis sekolah agama Islam itu hendaklah dibuat oleh
Jemaah Pengurusan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar.
(3)
Jika permohonan di bawah subkaedah (2) diluluskan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang baharu setelah fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dibayar.
(4)
Mana-mana anggota
Jemaah
Pengurusan yang tidak mematuhi subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pengiklanan sekolah agama Islam