Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(1)
Jawatankuasa boleh membatalkan pendaftaran suatu sekolah agama Islam jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa Jemaah Pengurusan—
(a)
telah gagal melaksanakan mana-mana tanggungjawabnya di bawah Kaedah-Kaedah ini;
(b)
telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah;
P.U. (A) 169 23
(c)
telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan dalam perakuan pendaftaran; atau
(d)
telah gagal mematuhi mana-mana arahan Pendaftar, Jawatankuasa atau Majlis.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(a), (c) dan (d), Jawatankuasa hendaklah, sebelum membatalkan sesuatu pendaftaran, memberi suatu notis secara bertulis kepada
Jemaah Pengurusan tentang hasratnya untuk berbuat demikian dan menghendaki
Jemaah
Pengurusan itu melaksanakan tanggungjawabnya atau membetulkan pelanggaran itu atau mematuhi apa-apa arahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Jawatankuasa.
(3)
Jika selepas tamat tempoh yang disebut dalam subkaedah (2)
Jemaah Pengurusan tidak melaksanakan tanggungjawab itu atau membetulkan pelanggaran itu atau mematuhi arahan itu, Jawatankuasa boleh membatalkan pendaftaran sekolah agama Islam itu melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada Pengerusi Jemaah Pengurusan.
(4)
Jawatankuasa boleh membatalkan pendaftaran suatu sekolah agama Islam jika ia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sekolah agama Islam itu telah terhenti daripada beroperasi.
(5)
Notis pembatalan pendaftaran yang disebut dalam subkaedah (3)
hendaklah—
(a)
menyatakan alasan dan tarikh kuat kuasa pembatalan itu; dan
(b)
mengandungi segala arahan yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
P.U. (A) 169 24
(6)
Pengerusi Jemaah Pengurusan hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran itu kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan pendaftarannya.
(7)
Pengerusi Jemaah Pengurusan yang tidak menyerahkan perakuan pendaftaran di bawah subkaedah (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Rayuan