Skip to content

Seksyen 35

Rayuan

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pendaftaran dan Pengawalseliaan Sekolah Agama Islam) 2025

P.U. (A)In forceProvision 35 of 45
Seksyen 35

(1)

Jemaah

Pengurusan yang terkilan dengan apa-apa keputusan

Jawatankuasa yang dibuat di bawah perenggan 24(5)(b) atau kaedah 34 boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diterima, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Majlis.

(2)

Majlis boleh, setelah menimbangkan suatu rayuan yang dibuat di bawah subkaedah (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan Jawatankuasa dan keputusan Majlis adalah muktamad.

(3)

Jemaah Pengurusan boleh, menurut peruntukan Kaedah-Kaedah ini, memohon untuk mendaftarkan semula sekolah agama Islam yang telah dibatalkan perakuan pendaftarannya.