Malaysia legislation

Section 39

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 39

(1)

Mana-mana sekolah agama

Islam yang tidak berdaftar atau pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah ditamatkan daripada beroperasi.

(2)

Sebelum menamatkan operasi sekolah agama

Islam,

Jawatankuasa hendaklah—

(a)

mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada Jemaah

Pengurusan atau mana-mana orang yang mengoperasikan sekolah agama Islam itu untuk memberitahu niatnya untuk berbuat demikian; dan

(b)

menghendaki Jemaah Pengurusan atau mana-mana orang yang mengoperasikan sekolah agama Islam itu untuk mendaftarkan sekolah agama Islam itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis

P.U. (A) 169 26

bertulis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Jawatankuasa.

(3)

Selepas habis tempoh yang disebut dalam subkaedah

(2)

Jemaah Pengurusan atau orang itu gagal untuk mendaftar, sekolah agama Islam itu boleh ditamatkan operasinya melalui suatu notis bertulis oleh Jawatankuasa yang dialamatkan dan disampaikan masing-masing kepada Pengerusi Jemaah Pengurusan atau orang itu.

(4)

Notis untuk menamatkan operasi yang disebut dalam subkaedah (3)

hendaklah—

(a)

menyatakan alasan dan tarikh kuat kuasa penamatan itu; dan

(b)

mengandungi segala arahan yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

(5)

Jemaah Pengurusan atau orang itu boleh, menurut peruntukan

Kaedah-Kaedah ini, memohon untuk mendaftarkan semula sekolah agama Islam yang operasinya telah ditamatkan.

Section 39 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025