Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 4

Fungsi Jawatankuasa

(1)

Fungsi Jawatankuasa adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menimbang, meluluskan atau menolak suatu permohonan bagi pendaftaran sekolah agama Islam;

(b)

untuk merangka, membangunkan, menilai dan meminda kurikulum dan kokurikulum sekolah agama Islam selaras dengan ketetapan Majlis;

(c)

untuk melaporkan hal ehwal sekolah agama Islam kepada Majlis sekurang-kurangnya sekali dalam masa enam bulan;

(d)

untuk melaporkan apa-apa tindakan yang diambil terhadap sekolah agama Islam kepada Majlis mengenai pendaftaran dan pembatalan pendaftaran bagi sekolah agama Islam;

(e)

untuk menambah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang dikenakan dalam perakuan pendaftaran;

P.U. (A) 169 8

(f)

untuk membatalkan pendaftaran mana-mana sekolah agama Islam mengikut kaedah 34 atau atas permohonan Jemaah Pengurusan;

dan

(g)

untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat untuk atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(b), Jawatankuasa boleh mendapatkan nasihat daripada Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan sekolah agama Islam termasuk kurikulum dan kokurikulum, buku teks, peperiksaan, pensijilan dan latihan guru.

Keanggotaan Jawatankuasa

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025