Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Pengambilalihan pentadbiran sekolah agama Islam
(1)
Jawatankuasa atas arahan Majlis boleh, jika difikirkan perlu olehnya dan suai manfaat demi kepentingan murid atau sesuatu sekolah agama Islam itu, mengambil alih secara sementara pentadbiran sekolah agama Islam itu selama tempoh yang boleh sampai enam bulan.
(2)
Selepas habis tempoh yang disebut dalam subkaedah (1), Majlis boleh—
(a)
mengambil alih pentadbiran sekolah agama Islam itu;
(b)
menamatkan operasi sekolah agama Islam itu; atau
(c)
mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu olehnya.