Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(1)
Mana-mana orang yang mengendalikan suatu sekolah agama Islam sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah mendaftarkan sekolah agama Islam itu mengikut kaedah 23 Bahagian V Kaedah-Kaedah ini dalam masa dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Jawatankuasa.
P.U. (A) 169 28
(2)
Jika Jawatankuasa tidak meluluskan permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), orang yang mengendalikan suatu sekolah agama Islam itu hendaklah menamatkan operasi sekolah agama Islam itu.