Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 9

(1)

Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha atas arahan Pengerusi melalui notis bertulis kepada anggota Jawatankuasa yang disampaikan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), Pengerusi boleh, jika dia mengganggap bahawa terdapat keperluan mendesak, memanggil mesyuarat dengan notis yang lebih singkat.

(3)

Pengerusi, atau pada masa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa.

(4)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali bagi tiap-tiap enam bulan.

(5)

Pengerusi mesyuarat dan empat anggota Jawatankuasa lain yang hadir hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

(6)

Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

P.U. (A) 169 11

(7)

Walau apa pun subkaedah (4), Pengerusi boleh, mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(8)

Pengerusi boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota

Jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian

Jawatankuasa bagi menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

Elaun

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025