Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021

Seksyen 12

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 25 kaedah yang berikut:

“Kesahan tauliah mengajar agama Islam 25A.

(1)

Kecuali tauliah mengajar agama Islam (khas) yang dikeluarkan di bawah subkaedah 22B(7), kategori lain tauliah mengajar agama Islam yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa hendaklah sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi—

(a)

lima tahun bagi seorang warganegara Malaysia; dan

P.U. (A) 405 9

(b)

satu tahun bagi seorang bukan warganegara

Malaysia, dari tarikh pengeluaran tauliah mengajar agama Islam dan tauliah mengajar agama Islam itu boleh dibaharui.

(2)

Tertakluk kepada subkaedah (1), tempoh bagi tauliah mengajar agama Islam itu hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa.

Pembaharuan tauliah mengajar agama Islam 25B.

(1)

Seorang pengajar boleh memohon bagi pembaharuan tauliah mengajar agama Islamnya dengan mengemukakan suatu borang permohonan pembaharuan, secara elektronik atau selainnya, kepada Jawatankuasa—

(a)

dalam hal seorang warganegara

Malaysia, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh tauliah mengajar agama Islam itu; dan

(b)

dalam hal seorang bukan warganegara Malaysia, dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh habis tempoh tauliah mengajar agama Islam itu.

(2)

Apabila permohonan bagi pembaharuan yang disebut dalam subkaedah (1) diterima, Jawatankuasa boleh meluluskan atau menolak permohonan bagi pembaharuan itu.

(3)

Jawatankuasa hendaklah memberitahu secara bertulis kepada pengajar itu keputusannya tentang permohonan bagi pembaharuan itu.

P.U. (A) 405 10

(4)

Apabila permohonan bagi pembaharuan di bawah subkaedah (3) diluluskan, pengajar itu hendaklah membayar fi yang ditetapkan.

Pembatalan tauliah mengajar agama Islam 25C.

(1)

Jawatankuasa boleh, melalui suatu notis secara bertulis kepada pengajar, membatalkan suatu tauliah mengajar agama Islam yang dikeluarkan masing-masing di bawah subkaedah 22B(7) dan 25(2) jika

Jawatankuasa berpuas hati bahawa pengajar itu—

(a)

telah melanggar apa-apa syarat di bawah kaedah 26;

(b)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;

atau

(c)

telah memperoleh tauliah mengajar agama Islam dengan membuat atau menyebabkan dibuat suatu perisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud.

(2)

Apabila suatu notis secara bertulis yang disebut dalam subkaedah (1) diterima, pengajar itu tidak boleh mengajar agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Rayuan 25D.

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Jawatankuasa berhubung dengan pembatalan tauliah mengajar agama

Islam boleh merayu kepada Majlis.

(2)

Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan alasan rayuan kepada Majlis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pengajar itu diberitahu mengenai pembatalan itu.

P.U. (A) 405 11

(3)

Majlis boleh mengesahkan, mengubah atau mengetepikan keputusan Jawatankuasa atau membuat apa-apa keputusan yang Majlis fikirkan patut.”.

Pindaan kaedah 26

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021