Malaysia legislation

Section 22B

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021

Seksyen 22B

(1)

Seseorang pemohon bagi suatu tauliah mengajar agama

Islam (khas) hendaklah mengemukakan suatu borang permohonan, secara elektronik atau selainnya, kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada tujuh hari bekerja dari tarikh suatu program untuk mengajar agama Islam akan diadakan melainkan jika Pengerusi membenarkan selainnya.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan program itu.

P.U. (A) 405 6

(3)

Bagi maksud permohonan di bawah kaedah ini, pemohon itu dikecualikan daripada—

(a)

menduduki apa-apa ujian kelayakan sama ada secara bertulis atau lisan di bawah subkaedah 23(2); dan

(b)

menghadiri apa-apa seminar (muzakarah) di bawah subkaedah 23(4).

(4)

Apabila permohonan bagi suatu tauliah mengajar agama Islam (khas) diterima, Jawatankuasa boleh meluluskan atau menolak permohonan bagi tauliah mengajar agama Islam (khas) itu.

(5)

Jawatankuasa hendaklah memberitahu secara bertulis kepada pemohon itu keputusannya tentang permohonan bagi tauliah mengajar agama Islam (khas) itu.

(6)

Apabila permohonan bagi tauliah mengajar agama Islam

(khas) di bawah subkaedah (5) diluluskan, pemohon itu hendaklah membayar fi yang ditetapkan.

(7)

Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan suatu tauliah mengajar agama Islam (khas) kepada pemohon itu apabila fi yang ditetapkan dibayar.

(8)

Tauliah mengajar agama Islam (khas) yang dikeluarkan oleh

Jawatankuasa kepada pemohon itu hendaklah sah hanya bagi tempoh program itu diadakan dan tauliah mengajar agama Islam (khas) itu tidak boleh dibaharui.”.

P.U. (A) 405 7

Penggantian kaedah 23

Section 22B — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021