Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Penggantian kaedah 22
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 22 dengan kaedah yang berikut:
“Kelayakan 22.
(1)
Seseorang boleh memohon bagi mana-mana kategori tauliah mengajar agama Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah 22A jika—
(a)
orang itu berpegang dengan akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah;
P.U. (A) 405 4
(b)
orang itu—
(i)
memegang suatu kelayakan dalam pengajian tinggi Islam daripada mana-mana universiti tempatan atau luar negeri yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia;
(ii)
memegang suatu kelayakan dalam pengajian
Islam daripada mana-mana institusi pendidikan tempatan atau luar negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
(iii)
mempunyai pengetahuan dalam
Hukum
Syarak; atau
(iv)
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam suatu bidang khusus yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(c)
mempunyai personaliti Islam.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)(b)(iii), seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam Hukum Syarak ialah seseorang yang memperoleh pengetahuan untuk mengajar agama Islam daripada mana-mana institusi pendidikan selain subperenggan (1)(b)(i) dan (ii).”.
P.U. (A) 405 5
Kaedah baharu 22A dan 22B