Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021

Seksyen 9

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 23 dengan kaedah yang berikut:

“Permohonan bagi tauliah mengajar agama Islam 23.

(1)

Seseorang pemohon bagi mana-mana kategori tauliah mengajar agama Islam selain tauliah mengajar agama Islam (khas)

di bawah subkaedah 22A(1) hendaklah mengemukakan suatu borang permohonan, secara elektronik atau selainnya, kepada Jawatankuasa.

(2)

Apabila permohonan di bawah subkaedah (1) dibuat, pemohon itu hendaklah menduduki suatu ujian kelayakan sama ada secara bertulis atau lisan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa.

(3)

Jawatankuasa hendaklah memberitahu secara bertulis kepada pemohon yang telah lulus ujian kelayakan di bawah subkaedah (2)

dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ujian kelayakan itu.

(4)

Apabila pemberitahuan yang disebut dalam subkaedah (3)

diterima, pemohon itu hendaklah menghadiri suatu seminar (muzakarah)

sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa.

(5)

Walau apa pun subkaedah (4), pemohon itu boleh memohon bagi suatu pengecualian daripada menghadiri seminar (muzakarah)

itu dengan mengemukakan suatu borang, secara elektronik atau selainnya, kepada Jawatankuasa.”.

Pemotongan kaedah 24

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) (PINDAAN) 2021