Malaysia legislation
Section 18
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 18
(1)
Sesuatu mawquf hendaklah suatu harta yang—
(a)
dimiliki secara sempurna oleh waqif;
P.U. (A) 445 16
(b)
boleh dipindah milik atau diserah hak tanpa apa-apa sekatan; dan
(c)
boleh memberikan apa-apa manfaat, keuntungan atau kepentingan kepada mawquf ‘alaih pada masa wakaf itu diwujudkan atau masa akan datang.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(a), harta itu hendaklah disifatkan telah dimiliki sepenuhnya oleh waqif, jika waqif dibenarkan secara sah untuk membuat apa-apa transaksi atau urus niaga berkenaan dengan harta itu.
Syarat mawquf ‘alaih