Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 19

(1)

Dalam hal suatu wakaf ‘am, mana-mana orang layak menjadi mawquf ‘alaih bagi sesuatu mawquf.

(2)

Dalam hal suatu wakaf khas, seorang mawquf ‘alaih hendaklah memenuhi syarat khusus yang dinyatakan oleh waqif.

(3)

Dalam hal suatu wakaf khas—

(a)

yang mempunyai lebih daripada seorang mawquf ‘alaih dan waqif tidak menentukan bahagian mereka masing-masing terhadap manfaat, keuntungan atau kepentingan mawquf itu, manfaat, keuntungan atau kepentingan itu hendaklah dibahagikan oleh Majlis kepada mawquf ‘alaih; atau

(b)

jika mawquf ‘alaih ialah asnaf yang layak menerima zakat, manfaat, keuntungan atau kepentingan mawquf itu hendaklah dibahagikan oleh Majlis mengikut hasrat waqif.

Syarat sighah

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025