Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Daftar Wakaf” ertinya suatu daftar yang disimpan dan disenggara di bawah kaedah 11;
“kumpulan wang wakaf” ertinya kumpulan wang wakaf yang terdiri daripada semua wang dan harta yang diwakafkan atau apa-apa hasil yang diperoleh daripada mawquf atau melalui istibdal sama ada diakaunkan dalam akaun wakaf ‘am atau akaun wakaf khas yang menjadi sebahagian daripada Baitulmal;
P.U. (A) 445 6
“marad-al-maut” ertinya suatu penyakit yang boleh membawa maut yang memenuhi syarat yang berikut:
(a)
penyakit itu pada lazimnya berakhir dengan kematian;
(b)
penyakit itu menyebabkan takut akan kematian dalam minda pesakit sehingga menjejaskan kewarasan akal fikiran;
(c)
penyakit itu mempunyai beberapa tanda luaran yang menunjukkan bahawa penyakit itu merupakan suatu penyakit yang serius; dan
(d)
penyakit itu dideritai secara berterusan dalam tempoh tidak lebih daripada satu tahun;
“waqif” ertinya mana-mana orang yang memberikan dan menyerahkan hartanya sebagai suatu wakaf;
“waris” ertinya orang yang berhak mewarisi sesuatu harta pusaka menurut
Hukum Syarak.