Seksyen 21
Permulaan kuat kuasa wakaf
of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025
P.U. (A)In forceProvision 21 of 36
Seksyen 21
(1)
Tertakluk kepada subkaedah 26(1), sesuatu wakaf hendaklah mula berkuat kuasa apabila semua rukun dan syarat wakaf telah dipenuhi.
(2)
Jika sesuatu wakaf telah mula berkuat kuasa, mawquf tidak boleh dijual, digadai, dipindah milik atau diberikan sebagai hibah, dibatalkan oleh waqif atau diwarisi sebagai harta pusaka.
(3)
Bagi suatu wakaf muaqqat, larangan di bawah subkaedah (2) adalah terpakai semasa tempoh wakaf yang ditetapkan oleh waqif.
Wakaf tidak sah