Malaysia legislation
Section 31
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 31
(1)
Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan kelulusan Majlis, Jawatankuasa Wakaf boleh melaksanakan istibdal, sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
jika mana-mana syarat wakaf tidak selaras dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
jika mawquf diambil oleh mana-mana pihak berkuasa mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
jika kegunaan mawquf tidak memberikan apa-apa manfaat, keuntungan atau kepentingan sebagaimana yang dihasratkan oleh waqif;
(d)
jika kegunaan mawquf tidak menepati maksud atau syarat yang dinyatakan oleh waqif;
(e)
jika Majlis perlu untuk melaksanakan istibdal bagi masjid atau tapak masjid yang telah menjadi mawquf;
(f)
jika mana-mana syarat yang telah dinyatakan oleh waqif tidak dapat dilaksanakan dan Majlis berhasrat untuk melaksanakan wakaf itu dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan syarat yang dinyatakan oleh waqif; atau
(g)
hal keadaan lain yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Wakaf.
(2)
Nilai mawquf yang diperoleh melalui istibdal hendaklah tidak kurang daripada nilai semasa mawquf asal.
(3)
Majlis hendaklah melaksanakan istibdal apa-apa mawquf sama ada keseluruhan atau sebahagiannya dalam tempoh yang munasabah dengan sewajarnya.
P.U. (A) 445 22
(4)
Jika melibatkan harta tak alih yang dibuktikan melalui dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] atau undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa, Pendaftar, selepas menerima permohonan secara bertulis daripada Majlis tentang pewujudan wakaf secara istibdal hendaklah, melaksanakan peletakhakan atau pindah milik harta tak alih itu ke atas Majlis sebagai pemegang amanah tunggal, dan jika berkaitan, perkataan “wakaf” hendaklah diendors dalam dokumen hakmilik itu.
(5)
Bagi maksud pelaksanaan istibdal yang berhubungan dengan mana-mana harta tak alih, Kanun Tanah Negara hendaklah terpakai.
(6)
Bagi maksud kaedah ini, “Pendaftar” mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya di bawah Kanun Tanah Negara.
Hak waqif untuk menikmati manfaat, faedah atau kepentingan mawquf