Malaysia legislation
Section 35
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 35
Kumpulan wang wakaf hendaklah dibelanjakan mengikut Hukum Syarak bagi maksud—
(a)
membayar segala kos, caj dan perbelanjaan mentadbir mana-mana wakaf termasuk kos menyenggara dan memperbaiki mana-mana mawquf;
(b)
membeli apa-apa harta sebagai suatu wakaf;
(c)
membiayai pembangunan apa-apa wakaf dan melaksanakan tujuan apa-apa wakaf tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Majlis;
(d)
membayar perbelanjaan pengurusan termasuk elaun bagi anggota-anggota
Jawatankuasa Wakaf;
(e)
membayar apa-apa perbelanjaan yang berhubungan dengan pengurusan kumpulan wang wakaf itu yang dilakukan oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Kaedah-Kaedah ini;
(f)
membuat pelaburan di bawah skim wakaf; atau
(g)
membuat apa-apa perbelanjaan lain berkaitan dengan wakaf yang difikirkan sesuai oleh
Majlis dalam melaksanakan peruntukan
Kaedah-Kaedah ini.
P.U. (A) 445 24