Seksyen 5
Pembatalan, peletakan jawatan dan pengosongan jawatan
of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025
(1)
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Wakaf yang dilantik di bawah perenggan 3(1)(a) dan (g).
(2)
Anggota
Jawatankuasa
Wakaf yang dilantik di bawah perenggan 3(1)(a) dan (g) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Setiausaha Majlis.
(3)
Seseorang anggota Jawatankuasa Wakaf yang dilantik di bawah perenggan 3(1)(a) dan (g) hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya jika—
(a)
dia meninggal dunia;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan suatu kesalahan jenayah;
(c)
dia dihukum sebagai bankrap yang belum dilepaskan; atau
(d)
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya.