Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (CAJ PEMAJUAN) (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) 2017

Seksyen 3

Caj pemajuan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen 32(1) Akta, Perbadanan boleh melevi caj pemajuan berkenaan dengan mana-mana pemajuan tanah di Wilayah Persekutuan

Putrajaya mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2)

Caj pemajuan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dilevi terhadap pemohon bagi kebenaran merancang bagi pemajuan tanah itu.

(3)

Sebelum melevi apa-apa caj pemajuan di bawah subkaedah (1),

Perbadanan hendaklah memastikan bahawa suatu rancangan tempatan bagi kawasannya telah diluluskan dan disiarkan dalam Warta mengikut subseksyen 15(4)

Akta, yang mana rancangan tempatan tersebut hendaklah mengandungi maklumat berhubung dengan penggunaan, ketumpatan dan luas lantai berkenaan dengan tanah dalam kawasan itu.

3

(4)

Perbadanan hendaklah memberitahu pemohon bagi kebenaran merancang itu mengenai amaun caj pembangunan yang kena dibayar oleh pemohon itu dengan menyampaikan notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada pemohon itu.

Pembayaran caj pemajuan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (CAJ PEMAJUAN) (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) 2017