Seksyen 3
Tawaran dan penyetujuterimaan kompaun
of Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Pengkompaunan Kesalahan) 2015
(1)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan hendaklah dibuat dalam Borang 1 Jadual.
(2)
Seseorang yang menyetuju terima tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan yang boleh dikompaun hendaklah mengemukakan bayaran bagi kompaun itu dalam Borang 2 Jadual.
(3)
Borang 1 dan 2 Jadual hendaklah digunakan bagi tujuan yang ditunjukkan di dalam kandungannya tetapi tiada penyimpangan daripada Borang itu boleh menidaksahkan atau menjejaskan kesahan apa-apa kandungan yang dibuat setakat yang penyimpangan itu tidak mempunyai kesan substansial dan tidak dikira mengelirukan.
P.U. (A) 171 3