Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015

Seksyen 5

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan dibuat dan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membuat pembayaran bagi kompaun—

(a)

secara tunai dan diserahkan sendiri;

(b)

melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada

Datuk Bandar Kuala Lumpur dan dipalang dengan perkataan

“Akaun Penerima Sahaja” dan boleh diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur,

Peti Surat 11022, Kuala Lumpur; atau

(c)

melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik yang lain.

P.U. (A) 171 4

(2)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subkaedah (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

(3)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan bagi maksud subkaedah (2) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik yang dikeluarkan jika pembayaran dibuat melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik yang lain.

Pembatalan dan peruntukan peralihan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015