Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENUKARAN KEPADA RINGGIT BERKENAAN DENGAN DEPOSIT MATA WANG ASING) 2012

Seksyen 3

Dalam menentukan tarikh dan kadar penukaran kepada Ringgit bagi maksud membuat bayaran di bawah Bahagian IV berkaitan dengan deposit mata wang asing yang diinsuranskan, yang berikut hendaklah terpakai:

P.U. (A) 434 3

(a)

amaun yang perlu dibayar hendaklah dalam nilai yang bersamaan dengan

Ringgit Malaysia;

(b)

kadar pertukaran yang digunakan untuk penukaran kepada Ringgit

Malaysia hendaklah berdasarkan kadar pertukaran yang ditentukan mengikut terma dan syarat yang dikeluarkan oleh anggota penerima deposit dan diperoleh pada waktu penutupan perniagaan pada tarikh pengiraan; dan

(c)

sekiranya terma dan syarat yang dikeluarkan oleh anggota penerima deposit tidak menyatakan cara penentuan kadar pertukaran untuk penukaran kepada Ringgit Malaysia atau dalam ketiadaan kadar pertukaran atas apa-apa sebab, kadar pertukaran yang akan dipakai akan berdasarkan harga tawaran terakhir mata wang asing yang berkenaan yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia sebagaimana yang disiarkan di laman sesawang Bank Negara Malaysia pada waktu penutupan perniagaan pada tarikh pengiraan.

Dibuat 16 November 2012

TAN SRI DATUK DR ABDUL SAMAD HAJI ALIAS

Pengerusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Diluluskan 26 November 2012

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 434 4

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (CONVERSION INTO RINGGIT IN

RESPECT OF A FOREIGN CURRENCY DEPOSIT) RULES 2012

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PENUKARAN KEPADA RINGGIT BERKENAAN DENGAN DEPOSIT MATA WANG ASING) 2012