Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pengenalan premis akuakultur
(1)
Tiap-tiap premis akuakultur hendaklah dikenali dengan suatu nombor plat yang diuntukkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pemegang lesen hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, menyediakan suatu nombor plat yang menunjukkan nombor yang diuntukkan oleh
Ketua Pengarah.
(3)
Nombor plat yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah menepati saiz, bahan dan warna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Pemegang lesen hendaklah mempamerkan nombor plat di bahagian yang mudah dilihat di premis akuakultur sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.
Pindaan kepada syarat permit atau lesen