Malaysia legislation

Section 22

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 22

(1)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut untuk memastikan pengurusan akuakultur yang baik dan mampan, meminda syarat permit atau lesen.

14

(2)

Jika Ketua Pengarah berniat untuk meminda syarat permit atau lesen,

Ketua Pengarah hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pemegang permit atau pemegang lesen mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang permit atau pemegang lesen, Ketua Pengarah hendaklah memutuskan sama ada untuk meminda mana-mana syarat permit atau lesen.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai keputusannya kepada pemegang permit atau pemegang lesen dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.

Section 22 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017