Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1)
Ketua
Pengarah hendaklah, dalam tempoh yang munasabah, membatalkan suatu permit atau lesen sekiranya—
(a)
selepas tiga bulan dari tarikh penggantungan permit atau lesen, pemegang permit atau pemegang lesen masih tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas permit atau lesen itu;
(b)
pemegang permit atau pemegang lesen itu meninggal dunia;
(c)
pemegang permit atau pemegang lesen itu tidak sempurna akal atau tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; atau
(d)
pemegang permit atau pemegang lesen itu, dalam hal suatu syarikat, adalah digulung.
(2)
Jika suatu permit dibatalkan di bawah subkaedah (1)—
(a)
premis akuakultur itu hendaklah terhenti beroperasi;
(b)
semua struktur dan kemudahan di premis akuakultur itu hendaklah dialihkan dan pemegang permit hendaklah memulihkan tapak premis akuakultur kepada suatu piawaian yang boleh diterima oleh
Ketua Pengarah dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pembatalan itu.
(3)
Jika suatu lesen dibatalkan di bawah subkaedah (1)—
(a)
premis akuakultur itu hendaklah terhenti beroperasi;
(b)
aktiviti akuakultur itu hendaklah terhenti daripada dijalankan; dan 16
(c)
semua struktur dan kemudahan di premis akuakultur itu hendaklah dialihkan dan pemegang lesen hendaklah memulihkan tapak premis akuakultur kepada suatu piawaian yang boleh diterima oleh
Ketua Pengarah dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pembatalan itu.
(4)
Jika suatu permit atau lesen dibatalkan di bawah subkaedah (1), kos bagi perkara yang berikut hendaklah ditanggung oleh pemegang permit atau pemegang lesen:
(a)
penutupan premis akuakultur;
(b)
pengalihan semua struktur dan kemudahan di premis akuakultur;
atau
(c)
pemulihan tapak premis akuakultur kepada piawaian yang diterima oleh Ketua Pengarah.
Penyerahan balik permit atau lesen