Skip to content

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 38
Seksyen 3

“kawasan kuarantin” ertinya suatu kawasan yang ditetapkan yang ikan diasingkan dengan tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan ikan lain;

6

“kawasan pembendungan” ertinya suatu kawasan di sekitar premis yang dijangkiti penyakit ikan dan suatu kawasan yang langkah-langkah kawalan penyakit dilaksanakan bagi maksud pencegahan penyebaran penyakit itu;

“langkah-langkah kawalan penyakit” ertinya langkah kawalan penyakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 33(3)(b);

“makmal diagnostik” ertinya mana-mana makmal yang dinyatakan oleh

Ketua Pengarah mengikut kaedah 33;

“premis akuakultur” ertinya premis yang digunakan untuk menjalankan aktiviti akuakultur perikanan darat yang termasuklah tangki, kolam, sangkar atau ruang pejabat yang dibina bagi maksud aktiviti akuakultur.