Malaysia legislation

Section 33

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 33

Mengesyaki penyakit ikan

(1)

Ketua Pengarah boleh menentukan mana-mana makmal sebagai makmal diagnostik bagi maksud kaedah ini.

(2)

Tertakluk kepada kaedah 32, pegawai perikanan darat boleh mengisytiharkan premis akuakultur sebagai kawasan kuarantin melalui suatu notis bertulis kepada pemegang lesen.

(3)

Jika pegawai perikanan darat telah mengisytiharkan bahawa premis akuakultur sebagai kawasan kuarantin, pemegang lesen—

(a)

hendaklah membenarkan sampel ikan diambil sewajarnya oleh pegawai perikanan darat—

21

(i)

untuk analisis makmal diagnostik bagi mengesahkan kehadiran penyakit ikan; dan

(ii)

untuk menjalankan pemerhatian selama tempoh masa yang dinyatakan dan jika sesuai, pensampelan, ujian dan rawatan termasuklah rawatan sewajarnya air efluen boleh dijalankan;

(b)

hendaklah, sementara menanti keputusan analisis makmal diagnostik sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (a)(i)—

(i)

membenarkan pegawai perikanan darat untuk menjalankan siri penyiasatan sistematik bagi suatu populasi ikan yang tertentu untuk mengesan kejadian penyakit ikan bagi tujuan kawalan dan penyiasatan itu boleh melibatkan ujian sampel populasi ikan;

(ii)

tidak membenarkan apa-apa ikan dibawa keluar daripada atau dibawa masuk ke premis akuakultur, melainkan jika dibenarkan oleh pegawai perikanan darat; dan

(iii)

membenarkan pegawai perikanan darat untuk menjalankan penyiasatan epizootik bagi menentukan—

(A)

kemungkinan punca penyakit dan cara pencemarannya;

(B)

rekod pergerakan ikan daripada premis akuakultur;

dan

(C)

sama ada premis akuakultur lain telah terjejas; dan

(c)

tidak boleh menggunakan apa-apa ikan dalam kawasan kuarantin untuk tujuan pembiakan.

22

(4)

Jika analisis makmal diagnostik menunjukkan keputusan negatif, pegawai perikanan darat hendaklah menarik balik, secara bertulis, pengisytiharan yang disebut dalam subkaedah (2).

Pengesahan penyakit ikan

Section 33 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017