Malaysia legislation

Section 34

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 34

(1)

Jika analisis makmal diagnostik mengesahkan berlakunya penyakit ikan,

Ketua Pengarah hendaklah mengisytiharkan premis akuakultur sebagai kawasan pembendungan melalui suatu notis bertulis kepada pemegang lesen.

(2)

Jika makmal diagnostik mengesahkan berlakunya penyakit ikan, pemegang lesen hendaklah mengambil langkah-langkah yang berikut:

(a)

tiada ikan dibenarkan untuk dibawa masuk atau dibawa keluar daripada kawasan pembendungan, melainkan jika dibenarkan oleh

Ketua Pengarah;

(b)

ikan mati daripada kawasan pembendungan dilupuskan dalam tempoh masa yang munasabah, dengan mengambil kira risiko penyebaran penyakit oleh ikan mati itu;

(c)

jika ikan tidak menunjukkan apa-apa tanda klinikal penyakit, ikan itu bolehlah dituai di bawah pengawasan Ketua Pengarah;

(d)

jika ikan menunjukkan apa-apa tanda klinikal penyakit, ikan itu hendaklah dialihkan, dimusnahkan dan dilupuskan di bawah pengawasan Ketua Pengarah;

(e)

kenderaan, vesel penangkapan ikan, kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam kawasan pembendungan hendaklah dibersihkan, dikeringkan dan dibasmi kuman;

23

(f)

mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan kawasan pembendungan hendaklah mematuhi protokol pembasmian kuman;

(g)

premis akuakultur hendaklah dikosongkan, dibersihkan dan dibasmi kuman;

(h)

premis akuakultur hendaklah dibiarkan kosong bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah selepas dikosongkan, dibersihkan dan dibasmi kuman; dan

(i)

apa-apa langkah tambahan sebagaimana yang dinyatakan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemegang lesen telah mengambil semua langkah yang disebut dalam subkaedah (2), Ketua Pengarah hendaklah menarik balik, secara bertulis, pengisytiharan yang disebut dalam subkaedah (1).

Pengisytiharan kawasan bebas penyakit ikan

Section 34 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017