Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(1)
Jika apa-apa dokumen hendak disampaikan di bawah Kaedah-Kaedah ini kepada mana-mana orang, dokumen itu boleh disampaikan—
(a)
dalam apa-apa hal dengan menyerahkan sendiri suatu salinan kepada orang yang hendak disampaikan;
(b)
sekiranya dokumen itu hendak disampaikan kepada pemegang permit atau pemegang lesen atau sesiapa sahaja yang terlibat di premis akuakultur itu, dengan meninggalkan dokumen itu di premis akuakultur itu dengan orang yang, atau didapati sebagai, bertanggungjawab ke atas premis akuakultur itu;
(c)
dengan menampalkan suatu salinan dokumen itu di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di rumahnya atau di premis akuakultur; atau
(d)
dengan surat berdaftar yang dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir.
(2)
Suatu dokumen yang hendak disampaikan kepada pemegang permit atau pemegang lesen premis akuakultur yang mengendalikan sistem kultur di bawah
Kaedah-Kaedah ini boleh disampaikan kepada pemegang permit atau pemegang lesen itu atau, sekiranya tidak ada pengurus, kepada ejen pemegang permit atau pemegang lesen yang tinggal di Malaysia atau, jika ejen itu tidak diketahui atau tidak dijumpai, dengan menampalkan suatu salinan dokumen itu di mana-mana struktur yang mudah dilihat di premis akuakultur itu.
25
Peralihan