Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(1)
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Kaedah-Kaedah ini, menjalankan apa-apa aktiviti akuakultur hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, memohon untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan aktiviti akuakultur.
(2)
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Kaedah-Kaedah ini, dalam proses membina apa-apa premis akuakultur hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, memohon untuk suatu permit bagi membina premis akuakultur.