Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 4

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyediakan dan sentiasa mengkaji semula pelan pembangunan akuakultur bagi perikanan darat berdasarkan maklumat saintifik terbaik yang ada dan dirancang untuk memastikan penggunaan optimum sumber perikanan darat, konsisten dengan prinsip pemuliharaan dan pengurusan yang baik, dan mengikut keseluruhan dasar, pelan dan program pembangunan negara.

(2)

Setiap pelan dan setiap ubah suaian atau semakan pelan hendaklah dilaksanakan setelah diluluskan oleh Menteri.

(3)

Segala pembangunan dalam industri perikanan darat hendaklah menepati pada umumnya dengan polisi pengurusan dan pemuliharaan yang diperihalkan dalam pelan pembangunan akuakultur.

7

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017