Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 6

(1)

Suatu permohonan untuk mendapatkan permit bagi membina mana-mana premis akuakultur yang disebut dalam subkaedah 5(1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Apabila menerima permohonan yang disebut dalam subkaedah (1),

Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut.

(3)

Sekiranya apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subkaedah (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Suatu permohonan di bawah subkaedah (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum pengeluaran atau keengganan untuk mengeluarkan permit.

Pengeluaran permit

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017