Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Jika pemegang permit tidak dapat menyiapkan pembinaan premis akuakultur dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pengeluaran permit, pemegang permit hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada
Ketua Pengarah, dalam tempoh enam puluh hari sebelum tamat tempoh permit itu, untuk memperbaharui permit.
(2)
Ketua
Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subkaedah (1), memperbaharui, dengan atau tanpa syarat, atau enggan untuk memperbaharui permit bagi tempoh maksimum selama dua belas bulan.
(3)
Jika Ketua Pengarah enggan untuk memperbaharui permit di bawah subkaedah (2), Ketua Pengarah hendaklah memberikan notis bertulis mengenai keputusannya kepada pemohon dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
9
(4)
Apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah dibatalkan apabila lesen dikeluarkan.
Tempoh sah permit